TRAFFIC BOOSTER klik sini

Selasa, 13 Julai 2010

CHOCOLATE CHIP COOKIES

450 gm Mentega

300 gm Gula Perang

300 gm Gula Icing

4 biji Telur

600 gm Tepung Gandum

50 gm Serbuk Koko

300 gm Cip Coklat

300 gm Hirisan Badam

Cara-caranya

1.Mentega dan gula dipukul hingga kembang

2.Setelah kembang masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata

3.Kemudian masukkan semua bahan lain dan pukul hingga sebati

4.Bentukkan ikut kemahuan anda dan bakar dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 180 darah

CREAM PUFF

Cream Puff

750 gm Air

250 gm Mentega

480 gm Tepung Gandum

1 sudu Garam

11 biji Telur

Cara-caranya

1.Masakkan air , mentega & garam hingga mendidih

2.Masukkan tepung perlahan-lahan & kacau hingga rata

3.Padamkan api & biarkan sejuk

4.Masukkan campuran tadi kedalam mesin pembancuh kemudian pukul perlahan-lahan

5.Tambah telur satu persatu kemudian pukul hingga mesra

6.Paipkan berbentuk bunga dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah

VANILLA SAUCE

1 liter Susu Segar

200 gm Gula

40 gm Serbuk Kastard

200 gm Susu Segar

Cara-caranya

1.Masak susu & gula hingga mendidih

2.Gaulkan susu & kastard hingga sebati kemudian tuangkan dalam susu yang mendidih tadi

3.Kacau hingga sedikit pekat dan sedia untuk dihidang

KEK BUAH

500 gm Mentega

350 gm Gula

10 biji Telur

500 gm Tepung Gandum

½ sudu Serbuk Kayu Manis

20 gm Serbuk Koko

1 sudu Serbuk Penaik

1.5 kg Buah-Buahan Campuran

Cara-caranya

1.Mentega & gula dipukul hingga kembang

2.Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit,pukul sekejap

3.Masukkan semua bahan yang lain dan pukul hingga sebati

4.Masukkan kedalam acuan & bakar selama 1 jam dengan suhu 170 darjah


 

BROWNIES

450 gm Mentega

225 gm Cream Cheese

650 gm Gula

8 biji Telur

350 gm Tepung Gandum

180 gm Serbuk Koko

5 gm Serbuk Penaik

225 gm Walnut

Cara-caranya

1.Mentega, cream cheese & gula dipukul hingga kembang

2.Masukkan telur & pukul hingga mesra

3.Masukkan bahan yang lain & pukul hingga sebati

4.Isi kedalam & bakar selama 45 min dengan suhu 180 darjah

 

SCONE

450 gm Tepung Gandum

140 gm Susu Segar

30 gm Yis

5 biji Telur

25 gm Gula

100 gm Kismis

225 gm Mentega

Garam secukup rasa

Cara-caranya

1.Gaulkan semua bahan hingga mesra

2.Canaikan hingga tebal ¾ inci

3.Tekapkan berbentuk bulat dan bakar dalam ketuhar selama 25 min dengan suhu 180 darjah

Khamis, 3 Jun 2010

BISCOTTI

Bahan-bahan
400  gram  Pistachio Nut @ Apa - apa kacang
700  gram  Tepung Gandum
700  gram  Gula
2      sudu   Serbuk Penaik
7      biji     Telur
Cara-caranya
1.Masukkan semua bahan kecuali telur pukul hingga mesra
2.Masukkan telur pukul hingga menjadi dough
3.Keluarkan dough dan uli dengan tangan,saiznya sebesar timun
4.Bakar dalam ketuhar <> 25minit dengan suhu 180 darjah
5.Setelah masak biarkan sejuk kemudian hiris nipis dan bakar semula <> 9 minit bergantung kepada saiz

Ahad, 30 Mei 2010

Biskut Semperit @ Dahlia

Bahan-bahannya
1  Cawan Marjerin
1  Cawan Gula Icing
2  Biji       Telur Kuning
1  Cawan  Tepung Kastard
2  Cawan Tepung Gandum
2  Titis      Vanilla Essend

Cara-caranya
1.Marjerin dan gula ising dipukul hingga kembang kemudian masukkan telur
2.Masukkan vanilla essend dan tepung gaul hingga sebati
3.Bentukkan dengan acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit

TIRAMISU

 Bahan-bahannya
3      Biji   Telur Kuning
100 Gram Gula
125 Gram Keju Marscapone @ Keju Krim
250 Gram Krim Cair

Putarkan semua bahan hingga menjadi pekat.Sedia untuk dimakan.Enak dimakan begitu saja atau disapu dengan roti

Khamis, 29 April 2010

MARBLE CHEESE CAKE

1   Kg   Cream Cheese (Boleh dibeli di pasaraya besar)
300 Gm  Gula
6 Biji Telur
15 Gm Tepung jagung
20  Gm Tepung gandum
200 Gm  Anchor Cream
CARANYA
1.Pukul cream cheese & gula sampai hancur
2.Masukkan telur & pukul hingga sebati
3.Masukkan kedua-dua tepung & pukul seketika kemudian masukkan cream pukul hingga mesra
4.Masukkan kedalam acuan yang diletak biskut marie hancur yang digaul dengan majerin cair
5.Masak selama1.5 jam dengan suhu 130 darjah.Letakkan air dibawah acuan

Ahad, 25 April 2010

KRIM COKLAT

1   Liter   Krim Masakan
1   Kg     Coklat Masakan
200 Gm  Mentega

CARANYA
1.Masak krim dan mentega hingga mendidih kemudian tutup api
2.Masukkan coklat & kacau hingga coklat cair
3.Biar semalaman sebelum digunakan
4.Digunakan untuk disapu pada kek coklat

Jumaat, 23 April 2010

KEK COKLAT GEBU

450  Gram    Mentega
1       Kg       Gula
8       Biji       Telur
800   Gram    Tepung Gandum
40     Gram    Soda Bikarbonat
250   Gram    Serbuk Koko
1       Liter     Susu Penuh Krim
CARANYA
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang2.Masukkan telur satu persatu & pukul hingga mesra3.Masukkan tepung gandum,serbuk koko & soda bikarbonat pukul hingga sebati kemudian masukkan susu & pukul sampai mesra.
4.Bakar dalam ketuhar dgn suhu 180 darjah selama 1 jam

Khamis, 22 April 2010

KEK PELANGI

1   Cawan Marjerin
1   Cawan Gula
4   Biji Telur
2   Cawan Tepung Naik Sendiri
1   Sudu Tepung Gandum
2   Titis Perasa Pisang
Pewarna merah & hijau

Caranya
1.Pukul marjerin & gula hingga kembang
2.Masukkan telur satu persatu,pukul seketika
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,pukul seketika
4.Masukkan perisa pisang
5.Bahagikan kepada 3 bahagian dan tambah pewarna
6.Masukkan kedalam acuan secara berselang seli
7.Bakar selama 45 minit ke 1 jam dengan suhu 190 darjah

Halaman