TRAFFIC BOOSTER klik sini

Selasa, 13 Julai 2010

CHOCOLATE CHIP COOKIES

450 gm Mentega

300 gm Gula Perang

300 gm Gula Icing

4 biji Telur

600 gm Tepung Gandum

50 gm Serbuk Koko

300 gm Cip Coklat

300 gm Hirisan Badam

Cara-caranya

1.Mentega dan gula dipukul hingga kembang

2.Setelah kembang masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata

3.Kemudian masukkan semua bahan lain dan pukul hingga sebati

4.Bentukkan ikut kemahuan anda dan bakar dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 180 darah

CREAM PUFF

Cream Puff

750 gm Air

250 gm Mentega

480 gm Tepung Gandum

1 sudu Garam

11 biji Telur

Cara-caranya

1.Masakkan air , mentega & garam hingga mendidih

2.Masukkan tepung perlahan-lahan & kacau hingga rata

3.Padamkan api & biarkan sejuk

4.Masukkan campuran tadi kedalam mesin pembancuh kemudian pukul perlahan-lahan

5.Tambah telur satu persatu kemudian pukul hingga mesra

6.Paipkan berbentuk bunga dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah

VANILLA SAUCE

1 liter Susu Segar

200 gm Gula

40 gm Serbuk Kastard

200 gm Susu Segar

Cara-caranya

1.Masak susu & gula hingga mendidih

2.Gaulkan susu & kastard hingga sebati kemudian tuangkan dalam susu yang mendidih tadi

3.Kacau hingga sedikit pekat dan sedia untuk dihidang

KEK BUAH

500 gm Mentega

350 gm Gula

10 biji Telur

500 gm Tepung Gandum

½ sudu Serbuk Kayu Manis

20 gm Serbuk Koko

1 sudu Serbuk Penaik

1.5 kg Buah-Buahan Campuran

Cara-caranya

1.Mentega & gula dipukul hingga kembang

2.Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit,pukul sekejap

3.Masukkan semua bahan yang lain dan pukul hingga sebati

4.Masukkan kedalam acuan & bakar selama 1 jam dengan suhu 170 darjah


 

BROWNIES

450 gm Mentega

225 gm Cream Cheese

650 gm Gula

8 biji Telur

350 gm Tepung Gandum

180 gm Serbuk Koko

5 gm Serbuk Penaik

225 gm Walnut

Cara-caranya

1.Mentega, cream cheese & gula dipukul hingga kembang

2.Masukkan telur & pukul hingga mesra

3.Masukkan bahan yang lain & pukul hingga sebati

4.Isi kedalam & bakar selama 45 min dengan suhu 180 darjah

 

SCONE

450 gm Tepung Gandum

140 gm Susu Segar

30 gm Yis

5 biji Telur

25 gm Gula

100 gm Kismis

225 gm Mentega

Garam secukup rasa

Cara-caranya

1.Gaulkan semua bahan hingga mesra

2.Canaikan hingga tebal ¾ inci

3.Tekapkan berbentuk bulat dan bakar dalam ketuhar selama 25 min dengan suhu 180 darjah

Halaman